PROUD AND LOVED WITH OUR FOOTBALL HERITAGE

PROUD AND LOVED WITH OUR FOOTBALL HERITAGE

Sunday 7 September 2014

Sukan Asia 1962 Jakarta

Sukan Asia 1962 diadakan di Jakarta pada 24 Ogos sehingga 4 September 1962. Acara bola sepak pula diadakan pada 25 Ogos sehingga 4 September 1962. Pada kejohanan ini Malaya berada dalam Kumpulan A bersama Indonesia, Vietnam Selatan dan Filipina. Manakala Kumpulan B terdiri daripada pasukan negara Thailand, Jepun, India dan Korea Selatan. Pemain pasukan Malaya terdiri daripada Sexton Lourdes, Tunku Ismail, Yee Seng Choy, Ahmad Nazari, Foo Fook Choon, Abdullah Nordin, Kamaruddin Ahmad, Edwin Dutton, Boey Chong Liam, Roslan Buang, I.J. Singh, Stanley gabrielle, Abdul Ghani Minhat, Rober Choe, Mahat Ambu, Arthur Koh, M. Govindarajoo, Richard Choe dan Ibrahim Mydin  

Pasukan Malaya dan para pegawai Football Association of Malaya 1962

Logo Sukan Asia 1962

Pada pusingan pertama peringkat kumpulan, pasukan Malaya mengalahkan Filipina 15-1. Pusingan kedua, Malaya mengalahkan Indonesia 3-2, tetapi pada pusingan ketiga, Malaya kalah kepada Vietnam Selatan 3-0. Malaya layak ke pusingan separuh akhir dan kalah kepada Korea Selatan 2-1 semasa masa tambahan. Dalam perebutan pingat gangsa, Malaya telah mengalahkan Vietnam Selatan 4-1 dan memenangi pingat gangsa. Korea Selatan memenangi pingat perak dan India memenangi pingat emas. Ini adalah kali terakhir Malaya memenangi pingat dalam acara bola sepak di Sukan Asia sebelum dikenali sebagai Malaysia pada tahun 1963.

  Pingat gangsa acara bola sepak yang dimenangi oleh Malaya di Sukan Asia 1962

No comments:

Post a Comment